Wednesday, 25 June 2014

Modul 1

Tajuk : Langkah-Langkah Pencegahan Kemalangan

Tujuan :
Selepas mempelajari tajuk ini, peserta boleh:
a) Menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja.
b) Menerangkan punca-punca kemalangan di tempat kerja.
c) Menyenaraikan tindakan-tindakan pencegahan kemalangan.

PENERANGAN :
Setelah mempelajari tentang alat perlindungan keselamatan, satu lagi aspek yang penting ialah bagaimana hendak mengamalkan langkah keselamatan dan bilakah waktu yang sesuai. Modul in juga akan memperjelaskan tentang punca-punca kemalangan yang sering berlaku di tempat kerja.

1.0 PUNCA-PUNCA LAZIM BERLAKUNYA KEMALANGAN
Faktor Manusia
·         Cuai
·         Tidak tahu
·         Sambil lewa
·         Keletihan
·         Mengantuk
Faktor Persekitaran
·         Susun atur tidak kemas
·         Lantai licin
·         Litar pintas
·         Pendawaian tidak selamat
·         Kebocoran
Faktor Alat/Mesin
·         Rosak
·         Litar pintas
·         Kabel terluka
·         Tajam
·         Haba
·         Berat

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN RISIKO KEMALANGAN
2.1 Pelan Bertindak Kecemasan
Adalah satu tatacara atau langkah dalam menghadapi suasana kecemasan. Pelan bertindak ini juga dikenali sebagai Standard Operanting Procedure (SOP). Contohnya pelan bertindak untuk kebakaran, luka kecil, terseliuh dan lain-lain kemalangan yang biasa berlaku di bengkel.
2.2 Mematuhi SOP Pengendalian Mesin
Terutamanya bagi mesin yang merbahaya seperti mesin pemotong, mesin kimpal dan lain-lain.
2.3 Mematuhi Peraturan Bengkel
Peraturan bengkel mesti di paparkan dalam bengkel supaya mudah dilihat.
2.4 Menggunakan Pakaian Keselamatan
Memakai pakaia keselamatan yang sesuai jika perlu terutamanya yang melibatkan kerja-kerja merbahaya.
2.5 Berhati-hati
Sentiasa mengambil sikap berhati-hati ketika melakukan tugas.
3.0 KOD-KOD KESELAMATAN YANG BERKAITAN
Kod-kod keselamatan biasanya telah disediakan oleh pihak yang memberikan sesuatu perkhidmatan. Contohnya bekalan elektrik di negara kita mematuhi peraturan-peraturan elektrik berdasarkan Institut Kejuruteraan Elektrik United Kingdom (I.E.E), peraturan Elektrik 1951, Peraturan Keselamtan Ordinan Elektrik 1949, Peraturan Lembaga Bekalan 1949 dan Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 2771983, 1984 dan SIRIM
Sebuah bangunan mestilah mempunyai peraturan keselamatan yang disediakan oleh pihak bomba. Di antara lain, peraturan itu berkehendakkan perkara-perkara berikut:
i) Pintu mestilah tahan kebakaran
ii) Alat pemadam kebakaran disediakan
iii) Menyediakan pintu masuk dan keluar dari dua arah yang berbeza

iv) Bagi bangunan yang menggunakan lif, hendaklah menyediakan tangga di dua arah yang bertentangan

No comments:

Post a Comment