Multimedia
Multimedia
merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang
menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk
menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan
kepelbagaian alat atau perantara komunikasi.
Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk
mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.
Tafsiran
Multimedia
mempunyai pelbagai tafsiran dan maksud. Antara beberapa maksud multimedia
adalah seperti berikut:
- "Multimedia
adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada
cara-cara pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik,
gambar bergerak, teks dan perisian
komputer dengan penggunaan tetikus" – Jacquetta Megarry (1990).
- "Multimedia
ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang
dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding
dengan televisyen dan kaset video" -
Waterworth (1992).
- "Multimedia
adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis
media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu
persekitaran digital" - Gayeski (1993).
- "Paparan
maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan
khasnya dalam komputer seperti
pemacu
cakera padat, perakam suara, pembesar
suara, kad bunyi, dan
beberapa perisian yang
menggunakan cakera padat" - Ron
White (1996).
Ciri-ciri multimedia
Integrasi secara seamless
Integrasi
secara seamless ialah jalinan yang terhasil di antara media-media berlainan
yang sungguh rapi sehingga tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Pengguna boleh
melihat sesuatu animasi atau video sambil mendengar muzik latar belakang yang
dimainkan pada sesebuah aplikasi.
Persekitaran Digital
Persekitaran
digital di mana setiap media yang digunakan perlu ditukar kepada bentuk digital
supaya boleh di manipulasi dan disebarkan oleh komputer dengan lebih mudah.
Digital menjadi bahasa pengantaraan dalam bidang teknologi maklumat dan media
elektronik. Selain itu,media dalam bentuk digital mempunyai masa depan yang
lebih cerah dibandingkan dengan media bercetak yang sukar dikemas kini.
Interaktif
Interaktif
merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media
yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan
dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi
dijalankan
Tidak berturutan
Kandungan
aplikasi multimedia yang baik adalah tidak berturutan dari segi penyampaiannya.
Pengguna boleh meneroka aplikasi dengan cepat tanpa mengikut turutan sambil
membina hala tuju sendiri. Kaedah ini adalah lebih berkesan dibandingkan dengan
cara biasa di mana pengguna perlu melihat satu demi satu kandungan yang
disampaikan.
Assalammualaikum kak :) awesome lah blog nie :)
ReplyDeleteWaalaikumsalam :). Oh yeke? Apa yang awesome nye. Hehe btw thankyouu dear :*
ReplyDelete