MEMASANG SISTEM KOMUNIKASI
08.05: Memasang IP Camera
Definisi dan Fungsi IP Camera:
1.IP Camera adalah peranti
yang menggunakan protocol Internet untuk memindahkan data dan mengawali isyarat
melalui hubungan Fast Ethernet. Justeru, IP Camera juga dikenali sebagai
network camera.
2.IP Camera adalah peranti
sendirian (stand-alone) yang membenarkan
anda memilih secara langsung video dalam mode full motion di seluruh dunia.
3.IP Camera boleh digunakan
untuk tujuan pemantauan di rumah dan juga perniagaan. Dengan kebolehan untuk merakam video secara langsung
ke sesuatu tempat.
4.IP Camera membolehkan anda
memastikan video yang dirakam dalam keadaan yang selamat dengan menyimpannya
pada lokasi yang hanya dapat diakses oleh anda.
Jenis-jenis IP Camera
1. Kamera Kubah (Dome Camera)-
Selalunya diletakkan dalam kubah yang gelap dan tidak boleh dilihat dari
luar.Pencuri tidak akan mengetahui sama ada kamera menumpu pada dirinya atau
tidak .Kamera tersebut mungkin boleh berputar atau tidak,tetapi yang penting
tiada siapa boleh mengagak.
2. Kamera Dinding (Wall
Cameras)- ini adalah kamera yang boleh dilihat. Ianya mungkin ringkas ,tetapi
dengan pelbagai fungsi,sepertimana kalis air,kalis peluru,lampu infrared
ataupun fungsi zoom.
3. Kamera Tersembunyi (Hidden
Cameras)- Kamera kecil dan halus ini adalah tersembunyi dalam sesuatu objek dan
susah untuk dikesan.
Cara Penyambungan
Ada dua jenis sambungan utama
untuk kamera ke peranti rangkaian. Ianya adalah kabel tetap dan wireless.
1. Kabel Tetap (Fixed Cable Connection)
·
Kabel tetap bermaksud kamera akan disambungkan
ke monitor dan peranti rangkaian melalui
kabel.
·
Seterusnya,kabel sepaksi akan digunakan , sama
seperti kabel TV di rumah. Jaraknya antara 25,30,50, 100 atau 500 kaki.
2. Sambungan Tanpa Wayar (Wireless Connection)
·
Kebanyakkan kamera CCTV wireless menggunakan
frekuensi 2.4 Gigahertz untuk memindahkan imej video ke monitor atau DVR
(Digital Video Recorder).
·
Selalunya,jenis sambungan tanpa wayar
membenarkan kebebasan kepada anda meletakkan kamera CCTV dimana-mana sahaja.
Memfungsikan IP Camera Sebagai Remote Surveillance
Ø Sesuai
dengan fungsinya, IP Camera memang seharusnya digunakan untuk melakukan
pemantauan terhadap ruang tertentu.
Ø Beberapa
IP Camera sudah dibekalkan ciri-ciri khusus yang memungkinkan penggunanya
melihat paparan video tidak lagi di PC melainkan di peranti mudah alih seperti
telefon bimbit, smartphone atau PDA
Ø Di
sini, akan ditunjukkan bagaimana membuat sendiri sistem remote surveillance
dari kamera IP. Sebagai contoh, kita menggunakan kamera D-Link DCS-3420 yang
disambungkan ke jaringan kabel dengan akses internet melalui jalur lebar
Streamyx.
Ø Kamera
ini sebenarnya memiliki kemudahan streaming internet.
Ø Tetapi
ingin ditujukan bagaimana membuat sebuah server streaming menggunakan jenis
kamera apapun, termasuk Webcam atau CCTV.
Ø Server
ini nantinya boleh diakses melalui internet menggunakan browser di PC, telefon
bimbit, smartphone atau PDA.
No comments:
Post a Comment