Modul 3.01
KONSEP-KONSEP
ELEKTIRK
·
Keupayaan elektrik
(selalunya dirujuk sebagai voltan) – tenaga keupayaan per unit cas yang berkait
dengan medan elektrik static.
·
Arus elektrik-pergerakan
atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.
·
Medan elektrik –medan yang
terdapat di sekeliling objek yang bercas, apabila terdapat objek bercas lain
yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.
·
Tenaga elektrik-tenaga yang
terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.
·
Kuasa elektrik-kadar
penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain,
seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).
·
Cas elektrik-sifat asas
terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak
elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat
menghasilkan medan elektrik.
Contoh-contoh penebat:
1-Kayu Kering
2- Plastic
--Getah
4- Kain
kering
5- PVC
6- Seramik
Antara Unit SI (International System of
Units) yang berkaitan dengan asas elektrik.
Ampere
(A) – Unit bagi pengaliran arus
elektrik - simbol formula = I
Ohm
(Ω) – Unit bagi rintangan arus
elektrik - simbol formula = R
Volt
(V) - Unit bagi voltan elektrik - simbol formula = V atau E
Watt
(W) - Unit bagi kuasa elektrik - simbol formula = P
Fard
(F) - Unit bagi kapasitan - simbol formula = C
Hendry
(H) - Unit bagi aruhan electromagnet-
simbol formula = L
Secara matematik: I = V / R
Formula Segitiga Hukum Ohm
V = Voltan (Volt) – Daya atau tekanan yang
menggerakkan arus elektrik supaya mengalir. Untuk menghasilkan daya ini, perlu
ada perbezaan upaya di antara dua titik punca bekalan.
I = Arus (Ampere) – Pergerakan elektron bebas
yang mengalir sepanjang pengalir. Arus hanya dapat mengalir sekiranya litar
adalah lengkap (tertutup) di antara dua titik punca voltan dan tidak ada
pengaliran arus sekiranya litar tidak lengkap (terbuka).
R = Rintangan (Ohm) – Komponen untuk
melengkapkan litar supaya litar beroperasi (arus mengalir). Rintangan yang
dipasang pada pendawaian litar dipanggil beban. Jadi lampu, kipas, mesin dan
lain-lain yang disambung kepada litar untuk tujuan dimasukkan bekalan dipanggil
beban yang tersambung.
P = Kuasa (Watt) – Tenaga untuk membuat kerja
atau kuasa yang diserap dalam sesebuah litar lengkap.
ARUS
ULANG-ALIK
Arus
ulang-alik (AC/AU) ialah arus yang sentiasa berubah-ubah alirannya mengikut
masa dan mengalir di dalam dua keadaan sama ada pada nilai negative atau pun
nilai positif.
Arus
ulang-alik (AC/AU) merupakan satu bentuk arus elektrik yang sentiasa
berubah-ubah arah alirannya mengikut masa, tidak seperti arus terus (DC atau
AT), yang mana arah alirannya adalah tetap. Perubahan arah aliran arus ini
disebabkan oleh perubahan kutub punca voltan penjana AU yang silih berganti.
Nilai arus akan meningkat dari sifar ke maksimum pada arah positif dan kemudian
menurun ke sifar. Seterusnya, nilai arus ini akan menurun ke maksimum pada arah
negatif. Kemudian, nilai arus naik kembali ke sifar.
Sumber
Arus Ulang Alik (A.U)
Salah
satu sumber bagi arus ulang alik ialah penjana (generator) yang merupakan
sebuah mesin yang menggunakan prinsip aruhan electromagnet dimana ia menukarkan
tenaga elektrik. Penjana AU terdiri daripada gegelung dawai pengalir yang
berputar melalui 360º untuk menghasilkan 1 kitar gelombang sinus yang lengkap.
Terdapat 2 cara untuk menjana voltan ulang
alik (a.u) iaitu:
i)
Pengalir bergerak, fluks
medan magnet pegun (diam). (Pengalir memotong fluks)
ii)
Fluks medan magnet bergerak,
pengalir pegun (diam). (Fluks memotong pengalir)
No comments:
Post a Comment