MENAIKTARAF DAN SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER
09.01: MENAIKTARAF PERKAKASAN
Kenapa Menaiktaraf Komputer?
Mungkin
terdapat sebilangan orang yang tidak begitu faham dengan kelengkapan computer,
oleh itu tidak tahu bagaimana hendak melakukan penaikan taraf, atau dari
manakah penaikan taraf perlu bermula. Berikut merupakan satu senarai ringkas
untuk membantu anda mengenal pasti keadan computer anda. Jika keadaan yang
dinyatakan berikut tidak muncul, maka anda boleh terus menggunakan komputer anda
tanpa perlu menaiktarafkan ia. Bagaimanapun, jika terdapat lebih daripada satu
keadaan yang muncul, maka anda dinasihatkan supaya menaiktarafkan computer anda
untuk prestasi yang lebih baik.
Keperluan Untuk Menaiktaraf Komputer:
1. Komputer
amat perlahan. Masa yang panjang diperlukan ketika pemasangan aturcara atau
ketika dimulakan.
2. Keperluan
terhadap paparan yang lebih menarik, biasanya keperuan ini adalah untuk
memenuhi permintaan permainan komputer.
3. Kelengkapan
komputer yang telah uzur dan selalu berlaku keadaan yang tidak stabil dan
normal.
4. Kualiti
paparan semakin teruk sehingga menyakitkan mata.
5. Ruang
cakera keras yang tidak mencukupi , gagal memenuhi permintaan minimum perisian
yang hendak dipasang.
No comments:
Post a Comment