Wednesday 25 June 2014

Modul 10

Multimedia

Multimedia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.

Tafsiran
Multimedia mempunyai pelbagai tafsiran dan maksud. Antara beberapa maksud multimedia adalah seperti berikut:
  1. "Multimedia adalah hipermedia yang berkeupayaan hiperteks. Penekanan diberikan kepada cara-cara pengguna mengabung, menyunting, melaraskan bunyi , grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus" – Jacquetta Megarry (1990).
  2. "Multimedia ialah persepaduan bunyi ,muzik, animasi ,teks ,suara dan grafik yang dihasilkan olek teknologi berasaskan komputer. ia lebih menarik berbanding dengan televisyen dan kaset video" - Waterworth (1992).
  3. "Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" - Gayeski (1993).
  4. "Paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad bunyi, dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat" - Ron White (1996).
Ciri-ciri multimedia

Integrasi secara seamless
Integrasi secara seamless ialah jalinan yang terhasil di antara media-media berlainan yang sungguh rapi sehingga tidak dapat dikesan oleh mata kasar. Pengguna boleh melihat sesuatu animasi atau video sambil mendengar muzik latar belakang yang dimainkan pada sesebuah aplikasi.
Persekitaran Digital
Persekitaran digital di mana setiap media yang digunakan perlu ditukar kepada bentuk digital supaya boleh di manipulasi dan disebarkan oleh komputer dengan lebih mudah. Digital menjadi bahasa pengantaraan dalam bidang teknologi maklumat dan media elektronik. Selain itu,media dalam bentuk digital mempunyai masa depan yang lebih cerah dibandingkan dengan media bercetak yang sukar dikemas kini.
Interaktif
Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi dijalankan
Tidak berturutan
Kandungan aplikasi multimedia yang baik adalah tidak berturutan dari segi penyampaiannya. Pengguna boleh meneroka aplikasi dengan cepat tanpa mengikut turutan sambil membina hala tuju sendiri. Kaedah ini adalah lebih berkesan dibandingkan dengan cara biasa di mana pengguna perlu melihat satu demi satu kandungan yang disampaikan.

Modul 9

MENAIKTARAF DAN SENGGARAAN SISTEM KOMPUTER
09.01: MENAIKTARAF PERKAKASAN



Kenapa Menaiktaraf Komputer?

                Mungkin terdapat sebilangan orang yang tidak begitu faham dengan kelengkapan computer, oleh itu tidak tahu bagaimana hendak melakukan penaikan taraf, atau dari manakah penaikan taraf perlu bermula. Berikut merupakan satu senarai ringkas untuk membantu anda mengenal pasti keadan computer anda. Jika keadaan yang dinyatakan berikut tidak muncul, maka anda boleh terus menggunakan komputer anda tanpa perlu menaiktarafkan ia. Bagaimanapun, jika terdapat lebih daripada satu keadaan yang muncul, maka anda dinasihatkan supaya menaiktarafkan computer anda untuk prestasi yang lebih baik.



Keperluan Untuk Menaiktaraf Komputer:

1.       Komputer amat perlahan. Masa yang panjang diperlukan ketika pemasangan aturcara atau ketika dimulakan.
2.       Keperluan terhadap paparan yang lebih menarik, biasanya keperuan ini adalah untuk memenuhi permintaan permainan komputer.
3.       Kelengkapan komputer yang telah uzur dan selalu berlaku keadaan yang tidak stabil dan normal.
4.       Kualiti paparan semakin teruk sehingga menyakitkan mata.
5.       Ruang cakera keras yang tidak mencukupi , gagal memenuhi permintaan minimum perisian yang hendak dipasang.



            

Modul 8

MEMASANG SISTEM KOMUNIKASI
08.05: Memasang IP Camera


Definisi dan Fungsi IP Camera:

1.IP Camera adalah peranti yang menggunakan protocol Internet untuk memindahkan data dan mengawali isyarat melalui hubungan Fast Ethernet. Justeru, IP Camera juga dikenali sebagai network camera.

2.IP Camera adalah peranti sendirian (stand-alone) yang  membenarkan anda memilih secara langsung video dalam mode full motion di seluruh dunia.

3.IP Camera boleh digunakan untuk tujuan pemantauan di rumah dan juga perniagaan. Dengan kebolehan untuk merakam video secara langsung ke sesuatu tempat.

4.IP Camera membolehkan anda memastikan video yang dirakam dalam keadaan yang selamat dengan menyimpannya pada lokasi yang hanya dapat diakses oleh anda.



Jenis-jenis IP Camera

1. Kamera Kubah (Dome Camera)- Selalunya diletakkan dalam kubah yang gelap dan tidak boleh dilihat dari luar.Pencuri tidak akan mengetahui sama ada kamera menumpu pada dirinya atau tidak .Kamera tersebut mungkin boleh berputar atau tidak,tetapi yang penting tiada siapa boleh mengagak.
2. Kamera Dinding (Wall Cameras)- ini adalah kamera yang boleh dilihat. Ianya mungkin ringkas ,tetapi dengan pelbagai fungsi,sepertimana kalis air,kalis peluru,lampu infrared ataupun fungsi zoom.
3. Kamera Tersembunyi (Hidden Cameras)- Kamera kecil dan halus ini adalah tersembunyi dalam sesuatu objek dan susah untuk dikesan. 

Cara Penyambungan

Ada dua jenis sambungan utama untuk kamera ke peranti rangkaian. Ianya adalah kabel tetap dan wireless.

1.       Kabel Tetap (Fixed Cable Connection)
·         Kabel tetap bermaksud kamera akan disambungkan ke monitor  dan peranti rangkaian melalui kabel.
·         Seterusnya,kabel sepaksi akan digunakan , sama seperti kabel TV di rumah. Jaraknya antara 25,30,50, 100 atau 500 kaki.

2.       Sambungan Tanpa Wayar (Wireless Connection)
·         Kebanyakkan kamera CCTV wireless menggunakan frekuensi 2.4 Gigahertz untuk memindahkan imej video ke monitor atau DVR (Digital Video Recorder).
·         Selalunya,jenis sambungan tanpa wayar membenarkan kebebasan kepada anda meletakkan kamera CCTV dimana-mana sahaja.

 Memfungsikan IP Camera Sebagai Remote Surveillance


Ø  Sesuai dengan fungsinya, IP Camera memang seharusnya digunakan untuk melakukan pemantauan terhadap ruang tertentu.
Ø  Beberapa IP Camera sudah dibekalkan ciri-ciri khusus yang memungkinkan penggunanya melihat paparan video tidak lagi di PC melainkan di peranti mudah alih seperti telefon bimbit, smartphone atau PDA
Ø  Di sini, akan ditunjukkan bagaimana membuat sendiri sistem remote surveillance dari kamera IP. Sebagai contoh, kita menggunakan kamera D-Link DCS-3420 yang disambungkan ke jaringan kabel dengan akses internet melalui jalur lebar Streamyx.
Ø  Kamera ini sebenarnya memiliki kemudahan streaming internet.
Ø  Tetapi ingin ditujukan bagaimana membuat sebuah server streaming menggunakan jenis kamera apapun, termasuk Webcam atau CCTV.

Ø  Server ini nantinya boleh diakses melalui internet menggunakan browser di PC, telefon bimbit, smartphone atau PDA.

Modul 7

MEMASANG SISTEM KESELAMATAN KOMPUTER
SUB. MODUL
MEMASANG PERISIAN TEMBOK API (FIREWALL)

Definisi Tembok Api adalah dikategorikan kepada dua – berasaskan perisian (software based firewall) atau perkakasan (hardware based firewall).

Objektif utama untuk mengawal rangkaian trafik keluar masuk dengan menganalisis paket data dan menentukan sama ada dibenarkan atau tidak berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Rangkaian dilengkapi dengan ketetapan keselamatan seperti Low, Mediun dan Hard yang dikonfigurasikan berdasaran kehendak pengguna.

Kelebihannya ialah dapat mengatur dan mengawal lalu lintas / trafik jaringan, melakukan pengesahan capaian (authentication) terhadap setiap akses / pencapaian, melindungi data dan maklumat yang terdapat dalam rangkaian setempat, dan dilengkapi dengan sistem Log yang disimpan dan boleh dicapai oleh administrator untuk mengatahui sebarang kejadian contoh pencerobohan rangkaian dari penggodam.

Terdapat beberapa jenis perisian Tembok Api (Firewall) :-
-          Zone alarm Pro Firewall = (freeware/licensed) = RM 93.70
-          Panda Global Proctection 2012 = (freeware/licensed) = RM125.00
-          F – Secure Internet Security 2012 = (freeware/licensed) = RM156.00
-          Eset SMART Security 2012 = (freeware/licensed) = RM187.00
-          Norman Personal Firewall = (freeware/licensed) = RM 204.00

Berikut adalah jenis – jenis perkakasan Tembok Api (Firewall) :-
-          Monowall (open source freeware) = perkakasan,  RM500 – RM800, perisian percuma.
-          Astaro Security Gateway 525 = RM93,888
-          CyberRoam CR15i = RM1,564.00
-          Juniper Network SSG 550M = RM40,684.00
-          Netgear FVS318G = RM469.00

Antara kelengkapan perkakasan yang diperlukan ialah papan induk (Motherboard), chip pemprosessan (CPU Processor), Kad Memori (Memory Card), Kasing dan Unit bekalan kuasa (Casing with Power Supply Unit) dan Kad Rangkaian (Network Interface card) x 2 unit.

Kelengkapan perisian anda boleh muat turun melalui ‘monowall geberic – pc image or CD ISO’ daripada laman web berikut ;- http://m0n0.ch/wall/download.php?file=generic-pcp1.33.img
5.3 “burn images files generic-pc-1.33.img” ke dalam USB Pen Drive menggunakan command berikut (sila menggunakan cmd prompt) sila pasang USB Pen Drive sebelum menggunakan command ini :- physdiskwrite generic-pc-1.33.img.
Jika PC anda belum dilengkapi dengan perisian “physdiskwrite” sila muat turun dari laman web ini :- http://m0n0.ch/wall/physdiskwrite.php
Untuk menggunakan USB Pen Drive anda hendaklah ‘reboot pc’ dan tukar ‘boot devices’ kepada USB Pen Drive pada menu tetapan CMOS.
Kemudian ‘console m0n0wall, version 1.2’ akan terpapar dan kerja pemasangan telah selesai.

Konfigurasi akan dimulakan dengan memilih menu 1 interfaces ; assign network ports. Bertujuan menetapkan ip address pada NIC unit 1 dan unit 2.
Kepentingan menetapkan ‘ip address’ pada NIC adalah mendapatkan login ke WEBGUI, fungsi untuk konfigurasi tahap firewall yang diingin.

Rules adalah kaedah penetapan tembok api (firewall) membenarkan ‘packet’ dikonfigurasi untuk dicapai. Contoh packet laman web http kita block, rangkaian computer tidak akan membuat capaian ke laman web tersebut. Berikut adalah contoh konfigurasi ‘RULES firewall’, ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian rangkaian.
-          Windows Terminal Services  traffic on TCP port 3389 from a specific network (JPNET)      to my internel server ‘homer’
-          HTTP traffic on TCP port 80 from JPNET to the WAN IP address of my monowall to allow remote administration
-          STP traffic on TCP port 25 from any internet address to ‘homer’

NAT dikenali sebagai ‘Network Address Traslation’ menterjemah ‘public ip address’ ke ‘private ip address’, membolehkan proses komunikasi berlaku, ia dikonfigurasi sekiranya kita memerlukan jenis komunikasi sedemikian.

Traffic shaper adalah tetapan firewall untuk konfigurasi servis internet seperti gaming online, P2P protocol. Memandangkan servis ‘P2P’ dan ‘gaming online’ menggunakan ‘patch’ dan perkongsian ‘free files’ dianggap sebagai ancaman kepada rangkaian computer. Oleh sedemikian, ‘monowall traffic shaper’ berfungsi untuk ‘nlock’ servis – served tersebut.

Untuk tetapan firewall Aliases, lebih kepada kemudahan kepada ‘network administrator’ untuk memberikan singkatan kepada alamat ip.

Terdapat dua kaedah pengujian terhadap tetepan ialah :-
-          Contoh dibawah menu rules anda boleh ‘block http services’ dan kemudian buka pelayar internet dan taip alamat laman web sistem akan memberitahu servis bahawa telah di ‘block’ dan sila hubungi pengurus rangkaian anda.

-          Dan untuk ‘Traffic Shaper’ anda boleh masukkan dan block P2P protocol dan open perisian Bit torrent kemudian cuba muat turun fail, sistem akan memberitahu servis tersebut telah pun dihalang oleh pengurus rangkaian anda (network administrator). 

Modul 6

MEMASANG RANGKAIAN KOMPUTER
DEFINISI
·         Dikenali sebagai nod yang berhubungan dengan media penghubung
·         Nod boleh terdiri dari komputer , pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar  dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LOCAL AREA NETWORK-LAN)
Ø  Rangkaian komputer yang merangkumi kawasan fizikal yang kecil contohnya , rumah , pejabat atau sekumpulan kecil bangunan .
Ø  ciri-ciri pentaksiran LAN :
ü  kadar pemindahan data tinggi
ü  kawasan geografi lebih kecil
ü  tidak memerlukan talian suwa

RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WIDE AREA NETWORK-WAN)
Ø  Rangkaian komputer jarak jauh dan teknologinya yang biasa digunakan untuk menyambung komputer yang berada pada lokasi yang berbeza .
Ø  WAN yang paling besar dan terkenal ialah internet


TOPOLOGI
·         Terbahagi kepada dua jenis .
1.       topologi fizikal
2.       topologi logikal



TOPOLOGI BAS ATAU LINEAR BAS
v  Tunggak utama dan penyumbang kepada komputer-komputer yang terapat dalam rangkaian ini.
v  digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial
v  kabel-kabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kebel tersebut .
v  diantara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain .

KEBAIKAN LINEAR BAS
·         Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah topologi linear bas
·         topologi ini amat mudah murah serta senang untuk dikendalikan .

                  KELEMAHAN LINEAR BAS
·         Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan tersebut gagal berfungsi .
·         titik permulaan atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut .

TOPOLOGI BINTANG (STAR) ATAU LABAH-LABAH (SPIDER)
v  Digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaanj komputer pelanggan-pelanggan (client server)
v  Ciri penting  topologi ini ialah penggunaan perkakasan yang dikenali sebagai hab .
ü  hab ini berfungsi sebagai penyambungan kepada komputer induk iaitu komputer pelayan
                 
                      KEBAIKAN TOPOLOGI BINTANG (STAR TOPOLOGI)

·         Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada peranti atau periferal disambung atau dialihkan .
·         mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak .

                      KELEMAHAN TOPOLOGI BINTANG (STAR TOPOLOGI)
·         Memerlukan kuantiti yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas.
·         jika hab atau concentrator gagal berfungsi , nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya

TOPOLOGI CINCIN (RING TOPOLOGI)
v  Dalam topologi ini , nod serta komputer peribadi yang terdapat pada rangkaian tersebu amat bergantung antara sata sama lain .
v  jika sesebuah komputer rosak atau bermasalah seluruh rangkaian tidak berfungsi .


                KEBAIKAN TOPOLOGI CINCIN
·         Mudah ditempatkan (install) dikabelkan (wiring)
·         mudah mengesan kecacatan dan kesilapan peralatan dan mudah untuk mengasingkan perkakasan yang berkenaan

                 KELEMAHAN TOPOLOGI CINCIN
·         Memelukan kabel yang panjang .
·         jika satu nod gagal berfungsi seluruh rangkaian juga turut gagal berfungsi
         

TOPOLOGI POKOK
(TREE TOPOLOGI)
v  Topologi ini membenarkan satu perluasan atau pengembangan bentuk dari suatu rangkaian yang telah wujud


KEBAIKAN TOPOLOGI POKOK

·         Mempunyai titik-ke-titik perkabelan untuk setiap individu segmen
·         disokong oleh beberapa perkakasan dan perisian yang pelbagai iaitu saling melengkapi di antara satu sama lain .

KELEMAHAN TOPOLOGI POKOK

·         Secara keseluruhan panjang setiap segmen adalah terhad mengikut jenis kabel yang digunakan
·         jika tulang belakang atau kabel utama mengalami kerosakan keseluruhan segmen tersebut turut lumpuh dan gagal untuk beropersi






TOPOLOGI JARING ( MESH TOPOLOGI )
v  Topologi ini  adalah suatu bentuk hubungan antara perkakasan 
v  perkakasan terhubung secara langsung ke perkakasan yang lainnya didalam jaringan

KELEBIHAN TOPOLOGI JARING
·         Jika satu komputer mengalami gangguan sambungan dengan komputer lain sambungan komputer selebihnya tetap baik

              KELEBIHAN TOPOLOGI JARING
·         Memerlukan kabel yang banyak
·         Installasi & konfigurasi sukar




PERALATAN DAN PERKAKASAN RANGKAIAN
HAB / SUIS (SWITCH)
Sebuah peranti yang terdapat dalam rangkaian komputer.Secara fizikalnya berbentuk seperti kotak dari berbagai saiz. Ia mempunyai beberapa bilangan penyambung female RJ45 yang dikenali sebagai port. Direka bentuk supaya boleh memuatkan satu kabel pasangan terpiuh (twisted pair) melalui penyambung male RJ45.
Hab digunakan dalam rangkaian Ethernet yang menggunakan kabel jenis UTP.Hab adalah titik penyambungan di antara stesen dengan stesen dan di antara stesen dengan pelayan.

CRIMPING TOOLS
Crimp tool / Crimping tool adalah alat untuk memasang kabel UTP ke penyambung (connector) RJ-45 / RJ-11 mengikut keperluan.
Fungsi Crimping Tool:
·         Memotong kabel
·         Menanggal balutan kabel
·         Memasang penyambung

KABEL RANGKAIAN                                                                                          
KABEL SEPAKSI (COAXCIAL CABLE)
Kabelsepaksi adalah kabel elektrik yang terdiri daripada wayar pengalir bulat, dikelilingi oleh penebat, dikelilingi sarung pengalir silinder, danbiasanya dibalut oleh lapisan akhir penebat.
Kabelinidirekabagimembawaisyaratjalurlebaratauberfrekuensitinggi.Jenistegarmempunyaipembalutpejal,sementarajenismudahlenturmempunyaipembalutberjalin,kedua-duabiasanyadiperbuatdariwayartembagahalus.Penebatjugadikenalisebagaidielektrik.



KABEL PASANGAN BERPINTAL (TWISTED PAIR CABLE)
Kabel pasangan berpintal (twisted pair cable)adalah sebuah bentuk kabel yang dua konduktornya digabungkan dengan tujuan untuk mengurangi atau membuang gangguan elektromagnetik dari luar.
Unshielded twisted-pair (disingkatUTP) adalah sebuah jenis kabel jaringan yang menggunakan bahan dasar mentega tembaga, yang tidak dilengkapi dengan shield internal .UTP merupakan jenis kabel yang paling umum yang sering digunakan di dalam jaringan setempat (LAN), kerana harganya murah dan fleksibel.

KABEL FIBRE OPTIK
Mempunyai kemampuan menghantar hingga jarak yang lebih jauh dibanding dengan kabel koaksial atau pun kabel twisted. Ia menggunakan isyarat cahaya bagi menghantar data. Ianya sangat baik digunakan semasa menggunakan kemudahan video conference atau layanan interaktif. 10BaseF merujuk kespesifikasi untuk kabel fibre optic banyak digunakan pada jaringan WAN untuk komunikasi suara dan data. Kelemahan utama kabe lfibre optic di LAN adalah perkakasannya  yang sangat mahal.


















 



      



Modul 5

MEMASANG PERISIAN SISTEM OPERASI DAN APLIKASI
TUJUAN:
Selepas mempelajari  tajuk ini pelatih boleh mengenalpasti dan mengetahui jenis-jenis system pengoperasian didalam sesebuah computer.

PENERANGAN:
Menerangkan tentang pengenalan, ciri-ciri, peranan dan contoh-contoh system pengoperasian yang boleh digunakan didalam sesebuah computer.

PENGENALAN
SISTEM PENGOPERASIAN (OPERATING SISTEM / OS)
Sistem pengoperasian ialah satu program yang mengandungi arahan yang akan menyelaraskan semau aktiviti sumber perkakasan  (hardware) computer.Os akan membantu computer untuk  melaksanakan fungsi-fungsi seperti  arahan memproses program-program dan memindahkan data-data antara peranti input / output dan memori.
.Sistem pengoresian (operating system) akan berfungsi (load) secara automotik daripada cakera keras (Hard disk) sebaik saja computer ditutup (shutdown).
.Sistem pengoperasian juga dikenali  sebagai platform perisian (software platform) yang membolehkan perisian aplikasi dilaksanakan atau digunakan.

ANTARAMUKA PENGGUNA (USER INTERFACE)
Semua perisian termasuk Operating system (OS) dibangunkan bertujuan untuk membolehkan pengguna dan computer (melalui perisian) berkomunikasi.Kaedah interaksi antara perisian tersebut dipanggil antaramuka pengguna (User Interface).

Terdapat 2 jenis  User Interface
a)Command-Line user interface
- Pengguna memasukkan atau menaip arahan-arahan yang dikenali sebagai command language untuk melaksanakan sesuatu tugas.

b)Graphical User Interface (GUI)
- Merupakan user interface yang mengabungkan teks dan grafik untuk  memudahkan pengguna menggunakan ssebuah perisian dan sebagainya.Contohnya icon, command button, tetingkap windows, menu bar sebagainya.
Ciri-Ciri Sistem Pengoperasian (Operating system / OS)
Keupayaan system pengoperasian bergantung kepada kemampuannya menyokong sama ada satu pengguna yang melaksanakan beberapa program pada satu masa.
Operating System di rujuk sebagai:
a)Satu pengguna (single user)
- Dikenali sebagai single tasking yang membenarkan satu arahan dibuat atau dilakukan pada satu masa.
b)Berbilang pengguna (multi user)
- Membolehkan dua atau lebih pengguna melaksanakan program secara serentak
- Contoh : Rangkaian, Mainframes, Minicomputer, Supercomputer
c) Berbilang pemprosesan (Multiprocessing)
- Menyokong dua atau lebih CPU dilaksanakan secara serentak.
- Berfungsi seperi pemprosesan selari.
- Meningkatkan kelajuan pemprosesan computer.
d) Berbilang kerja (Multi tasking)
- Membenarkan satu pengguna melaksanakan beberapa program pada satu masa.
Perasan Sistem Operasi (Operating system)
Secara umumnya, sewaktu computer melaksanakan perisian, system operasi berperasan seperti berikut:
a) Mengawal perlaksaan arahan-arahan dan program serta memantau prestasi system.
- Operating system mempunyai pemantau Operasi iaitu program yang menilai dan melaporkan pelbagai sumber dan peranti.
- Membantu pengguna mengenalpasti masalah sumber dan seterusnya.
b) Mengurus peranti-peranti (devices) input, output dan storan (configuration device)
- Operating system berinteraksi dengan pemacu peranti. Pemacu peranti adalah program kecil yang akan berinteraksi dengan program lain dan menukar arahan tersebut kepada arahan yang difahami oleh computer.
- Plug and play adalah keupayaan computer untuk mengenalpasti peranti baru memasukan pemacu secara automatic dan memeriksa konflik dengan peranti lain.
c)Pentadbiran keselamatan
- Operating  berbilang pengguna (Multi User) membenarkan pengguna log on iaitu dengan memasukkan nama pengguna (Username-ID) dan kata laluan sebagai password.
d) Pengurusan storan media dan fail
- Operating system mempunyai program yang dikenali sebagai pengurus fail (Fail manager) yang berfungsi sebagai prngurus storan dan pengurus fail
- Antara fungsi program Fail Manager
* Format dan salinan hard disk.
* Memaparkan senarai fail dalam media storan.
*Memeriksa ruang yang telah digunakan dan ruang kosong.
*Menyalin, Mengedit, menyusun, memadam dan menukar nama fail.
e) Mengurus Memori
- Berfungsi untuk mengoptimumkan penggunaan ingatan (RAM)
-Operating system mempunyai kawasan memorinya yang dikenali sebagai Buffers (tempat dimananya data dan maklumat disimpan sementara menunggu dilaksanakan.


Modul 4


MODUL 4
TAJUK MODUL : MEMASANG PERKAKASAN KOMPUTER
TAJUK SUB MODUL : MENGUJI UNIT SISTEM

PERKAKASAN KOMPUTER
1.      CASING/KEKISI
·         Casing computer adalahkotak/rumah computer dimanatempatterletaknya processor (Cpu),Motherboard
·         Casing digunakan sebagai tempat untuk melindungi Motherboard , floppy drive , power supply , hard supply , drive
Ø  Fungsi Casing computer
·         Melindungi komponen dari debu , panas , air atau kotoran
·         Sebagai tempat letaknya lampu serta slot
·         Sebagai dudukan power supply

2.      POWER SUPPLY
·         Memiliki banyak sambungan dan setiap sambungan memiliki fungsi berbeza
·         Walaupun kabel memiliki jenis warna yang sama tetap sambung telah dikelompok berdasarkan fungsinya.

                                I.            ATX POWER CONNECTOR (20PIN + 4 PIN)
·         Atx 20 pin dan24 pin sambungan motherboard digunakanuntukmenghubungkan power supply unit (PSU) kemotherboard.Versi lama ATX masih menggunakan ATX 20 pin .Sambungan ini terdiri dari 2 bahagian , bahagian 1 berjumlah 20 pin danbahagian 2 4 pin

                              II.            AT POWER CONNECTOR (12PIN)
·         Diguna untuk motherboard kelas Pentium II kebawah
·         Memiliki 12 kabelinidisatukantetapiterpisahkepada 2 bahagian
·         Bahagian 1 sambungan P8 , bahagian 2 P9
                           III.            MOLEK CONNECTOR
·         Digunakansumbertenagabagi hard disk dan CD drive
·         Membuat fan atau kipas pendingin , lampu dan aksesori
·         Sambungan ini memiliki 4 kabel yang berbeza

                           IV.            BERG CONNECTOR
·         Sambungan ukuran mini dari molek
·         Khusus digunakan untuk floppy Driveataupun external audio card
·         Warna yang digunakan warna kuning (+12V) merah (+5V) danhitam (0V)

                              V.            ATX +12v (INTEL) 4 PIN CONNECTOR
·         Sambungan ini kebanyakan dipakai oleh para pengguna processor buatan intel
·         Fungsi sambungannya adalah sebagai penyedia tenaga tambahan sebesar 12V untuk Pentium 4 CPU

                           VI.            6PIN PCI-E CONNECTOR
·         Sambungan ini jarang ditemukan .Biasanya digunakan PSU ialah orang yang bekerja dibidang multimedia khususnya video
·         Sambungan ini digunakan sebagai penambah daya video card yang mengunakan slot PCI express

                         VII.            SATA POWER CONNECTOR
·         Sambungan jenis terbaru yang biasa digunakan untuk power pada Hard Disk SATA (serial ATA)






3.      CPU (PROCESSOR)
·         Merupakan pusat pengendalian computer yang disambungkan oleh computer lain
·         Sebuah IC yang mengawalkeseluruhan computer
·         Digunakansebagaipusatataukotakdari computer
·         Chip seringdisebut “Microprocessor”
·         Ukuranmencapai gigahertz (GHz)
a.       ARITCMATICS LOGICAL UNIT (CU)
·         Alat yang melakukan pelaksanaan dasar seperti perlaksanaan aritmatika (tambahan,pengurangan,) perlaksanaanlogis (AND,OR,NOT)
b.      CONTROL UNIT (CU)
·         Suatu alat kawalan yang berada dalam computer yang memberitahu unit masukkan mengenai jenis data,waktu pemasukan ,tempat menyimpan didalam primary storage
c.       MEMORY UNIT (MU)
·         Bahagian dari processor  yang menyimpan alamat-alamat register data yang diolah ACU dan CU

4.      CPU FAN
·         Komponen pendinding yang utama dalam computer mengeluarkan panas dan mengantikkan dengan udara sejuk
·         Kipas ini telah dirancang agar sesuai diletakkan pada motherboard atau hard disk drive
·         Fungsi utama daripada pendinding CPU tetap dalam suhu yang masih dapat diterima oleh cpu
·         Proses pembersihan secara rutin untuk membersikan debu yang melekat pada kipas pendinding cpu

5.      MOTHERBOARD
·         komponen paling utama pada computer kualiti motherboard sangat berpengaruh



6.      RAM
·         ram menyimpan sementara untuk data dan program yang sedangh diakses oleh CPU
·         Ram memori VOLATILE yang beerti bahawa isinya akan terpadam disaat komponen dimatikan

7.      KAD BUNYI
·         alat yang telah dicipta untuk kegunaan computer bagi mengeluarkan bunyi
·         kad bunyi adalah kad tambahan computer yang boleh terima input dan keluar output ,
·         kad bunyi yang biasa termasuk cip bunyi biasanya mempunyai cirri penukar digitke analog
·         kad bunyi mempunyai penyambung line in di mana signal bunyi dari perakam pita
·         bunyiunya boleh diproses atau dirakam  sebagai contoh perisian rakaman suara melalui IP

8.      KAD PAPARAN
·         sejenis kad tambahan yang dipasang dalam sesebuah computer untuk memaparkan antara muka perisian pada monitor . sebuah PC multimedia yang lengkap berupaya memainkan perisian memproses paparan 3Ddan2D dengan pantas dan tidak tersekat sekat

9.      IDE CABLE
·         digunakan untuk cakera keras (Hard disk) dan optical Drive.kabel IDE terdapat dua sambungan iaitu MASTER and SLAVE
·         keduanya dapat dijadikan primary bergantung pada kaedah pemasangan





10.  MOUSE
·         tetikus ialah peranti input yang berkomputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan . ia merupakan peranti kecil yang bergerak diatas permukaan keras dan rata
·         amat diperlukan apabila menggunakan system pengendalian tetingkap (windows)
·         dicipta oleh institusi penyelidikan dan berasal daripada persamaan model tetikus yang awal

ü  TETIKUS BEBOLA DENGAN WAYAR
ü  TETIKUS BEBOLA TANPA WAYAR
ü  TETIKUS OPTIK DENGAN WAYAR
ü  TETIKUS OPTIK TANPA WAYAR

11.  HARD DISK
·         digunakan bagi menyimpan data yang terpasang di dalam computer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak

MENGENAL TEKNOLOGI SSD (SOLID STATE DRIVE) PENGGANTI HARD DISK
·         SSD menggantikan media menyimpan Hard disk yang saat ini masih digunakan oleh pengguna
·         SSD adalah media penyimpan data menggunakan non volafile memory sebagai media dan tidak menggunakan cakra magnetic seperti hard disk konvensional
Jenis SSd MLC vs SLC
·         secara umum SSD yang ada dipasaran terdiri dari 2 jenis
Ø  SLC (single level cell)
Ø  MLC (multi level cell)
·         masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan
·         SSD berjenis SLC harganya lebih mahal berbanding SSD jenis MLC



12.  SPEAKER
·         pembesar suara sister Art Dio , memudahkan membuat panggilan telefon , skype
·         USB 2.0 hanya perlu menjawab panggilan yang diterima atau dibuat malalui skype
·         dengan kuasa 2 watt, pembesar suara itu mempunyai cirri-ciri seperti Winamp dan media, kebolehan memainkan muzik secara automatic
13.  MONITOR
·         hardware dari computer yang dimaksudkan dengan monmitor adalah output device atau alat keluaran yang berfungsi mengeluarkan gambar
·         secara fizikal proses grafik yang dilakukan oleh VGA card, monitor memapar bentuk layar televisyen
Mengenal Teknologi Monitor LCD CRT & LED
·         CRT yang tentunya monitor tabung yang besar , banyak menggunakan ruang meja kerja, LCD adalah monitor yang tipis, lebih sedikit penggunaan ruang.
Keunggulan – keunggulan LED monitor
·         LED tidak menghasilkan flicker (kedip)
·         pencahayaan oleh LED lebih stabil berbanding LCD
·         konsumsi energy yang digunakan lebih sedikit (40% lebih selamat) dibandingkan dengan LCD yang masih guna lampu fluorescent
·         tempoh lampu LCD lebih lama berbanding LCD
·         LED lebih ringan & ketebalannya nipis
·         kedalaman warna tinggi disbanding LCD sampai hamper mendekati warna aslinya
14.  KEYBOARD
·         papan kekunci untuk masukkan data
Ø  menentukan gabuban 1 & 0 , iaitu kad perduaan untuk dihantar ke CPU bergantung pada kekunci yang ditekan
Ø  bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil
Ø  mengulangi kod kekunci jika kekunci ditekan lama
Ø  menyimpan sementara menimbal input jika kekunci