Wednesday, 25 June 2014

Modul 5

MEMASANG PERISIAN SISTEM OPERASI DAN APLIKASI
TUJUAN:
Selepas mempelajari  tajuk ini pelatih boleh mengenalpasti dan mengetahui jenis-jenis system pengoperasian didalam sesebuah computer.

PENERANGAN:
Menerangkan tentang pengenalan, ciri-ciri, peranan dan contoh-contoh system pengoperasian yang boleh digunakan didalam sesebuah computer.

PENGENALAN
SISTEM PENGOPERASIAN (OPERATING SISTEM / OS)
Sistem pengoperasian ialah satu program yang mengandungi arahan yang akan menyelaraskan semau aktiviti sumber perkakasan  (hardware) computer.Os akan membantu computer untuk  melaksanakan fungsi-fungsi seperti  arahan memproses program-program dan memindahkan data-data antara peranti input / output dan memori.
.Sistem pengoresian (operating system) akan berfungsi (load) secara automotik daripada cakera keras (Hard disk) sebaik saja computer ditutup (shutdown).
.Sistem pengoperasian juga dikenali  sebagai platform perisian (software platform) yang membolehkan perisian aplikasi dilaksanakan atau digunakan.

ANTARAMUKA PENGGUNA (USER INTERFACE)
Semua perisian termasuk Operating system (OS) dibangunkan bertujuan untuk membolehkan pengguna dan computer (melalui perisian) berkomunikasi.Kaedah interaksi antara perisian tersebut dipanggil antaramuka pengguna (User Interface).

Terdapat 2 jenis  User Interface
a)Command-Line user interface
- Pengguna memasukkan atau menaip arahan-arahan yang dikenali sebagai command language untuk melaksanakan sesuatu tugas.

b)Graphical User Interface (GUI)
- Merupakan user interface yang mengabungkan teks dan grafik untuk  memudahkan pengguna menggunakan ssebuah perisian dan sebagainya.Contohnya icon, command button, tetingkap windows, menu bar sebagainya.
Ciri-Ciri Sistem Pengoperasian (Operating system / OS)
Keupayaan system pengoperasian bergantung kepada kemampuannya menyokong sama ada satu pengguna yang melaksanakan beberapa program pada satu masa.
Operating System di rujuk sebagai:
a)Satu pengguna (single user)
- Dikenali sebagai single tasking yang membenarkan satu arahan dibuat atau dilakukan pada satu masa.
b)Berbilang pengguna (multi user)
- Membolehkan dua atau lebih pengguna melaksanakan program secara serentak
- Contoh : Rangkaian, Mainframes, Minicomputer, Supercomputer
c) Berbilang pemprosesan (Multiprocessing)
- Menyokong dua atau lebih CPU dilaksanakan secara serentak.
- Berfungsi seperi pemprosesan selari.
- Meningkatkan kelajuan pemprosesan computer.
d) Berbilang kerja (Multi tasking)
- Membenarkan satu pengguna melaksanakan beberapa program pada satu masa.
Perasan Sistem Operasi (Operating system)
Secara umumnya, sewaktu computer melaksanakan perisian, system operasi berperasan seperti berikut:
a) Mengawal perlaksaan arahan-arahan dan program serta memantau prestasi system.
- Operating system mempunyai pemantau Operasi iaitu program yang menilai dan melaporkan pelbagai sumber dan peranti.
- Membantu pengguna mengenalpasti masalah sumber dan seterusnya.
b) Mengurus peranti-peranti (devices) input, output dan storan (configuration device)
- Operating system berinteraksi dengan pemacu peranti. Pemacu peranti adalah program kecil yang akan berinteraksi dengan program lain dan menukar arahan tersebut kepada arahan yang difahami oleh computer.
- Plug and play adalah keupayaan computer untuk mengenalpasti peranti baru memasukan pemacu secara automatic dan memeriksa konflik dengan peranti lain.
c)Pentadbiran keselamatan
- Operating  berbilang pengguna (Multi User) membenarkan pengguna log on iaitu dengan memasukkan nama pengguna (Username-ID) dan kata laluan sebagai password.
d) Pengurusan storan media dan fail
- Operating system mempunyai program yang dikenali sebagai pengurus fail (Fail manager) yang berfungsi sebagai prngurus storan dan pengurus fail
- Antara fungsi program Fail Manager
* Format dan salinan hard disk.
* Memaparkan senarai fail dalam media storan.
*Memeriksa ruang yang telah digunakan dan ruang kosong.
*Menyalin, Mengedit, menyusun, memadam dan menukar nama fail.
e) Mengurus Memori
- Berfungsi untuk mengoptimumkan penggunaan ingatan (RAM)
-Operating system mempunyai kawasan memorinya yang dikenali sebagai Buffers (tempat dimananya data dan maklumat disimpan sementara menunggu dilaksanakan.


1 comment:

  1. Best Casinos to Play Roulette - Casino Listings 777
    Roulette 벳 플릭스 in casinos is the classic game 크롬 사이트 번역 that casino 크루즈 베컴 players know is it to find the highest paying, the best bet surface area casino to play roulette 킹스 포커 online. It

    ReplyDelete